.

Followers

Monday, July 1, 2019


Terbang burung terbang

Terbang burung terbang, tinggi di udara,
Jauh dari dataran, jauh dari lautan,
Usah kau hiraukan penghuni daratan,
Mereka tidak akan bisa memenuhi kepuasan.

Terbang burung terbang, merempuh segala rintangan,
Terbang sejauh mungkin dari permulaan,
Jangan pernah sekali kau mundur kebelakang,
Jika itu terjadi sia-sia segala usaha kau lakukan.

Terbang burung terbang, terasa penat sayap berkibas,
Namun garisan penamat masih tiada kelihatan,
Hinggaplah sebentar di atas dahan,
Jangan memaksa kelak binasa diri,
segalanya tersia nanti.

Terbang burung terbang, mara terus ke hadapan,
Destinasi dituju sudah mula kelihatan,
Segala keringat yang masin mulai berbuah kemanisan,
Namun jangan terlalu gembira kerana penamat masih dihadapan.

Terbang burung terbang, terbang dengan penuh keriangan,
Kini sudah berpijak kaki di daratan,
Tolehlah sejenak melihat kebelakang,
Syukurlah dikau atas segala nikmat dan ujian pemberian tuhan.

   -MDF-
2nd July 2019

Sang Penyayang

Ku tatap wajah ibu yang dihujani keringat,
Siang dan malam baginya tiada beza,
Segala penat lelah, bukan untuk kepentingan diri,
Segalanya hanya untuk anak dan suami,
Yang entah mengerti atau tidak segala kepayahan yang selalu dihadapi,
Namun tidak pernah berdengus mengeluh sakit,
Terus berusaha membahagiakan semua,
Walaupun harus tersenyum menyembunyikan perit.

Hatimu ibu dipenuhi kasih sayang,
Anugerah tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Walaupun kadangnya kau tidak dihargai,
Namun kau tetap mengasihi dan menyayangi,
Bagai mentari yang tidak disyukuri,
Namun tetap menyinari bumi dan langit.

      -MDF-
2nd July 2019
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...